Home Kapsul Dhab Minyak Dhab Makjun Dhab Lemak Dhab Testimoni Pengesahan Order

Ahad, 30 November 2014

PENGENALAN DHAB SINAI


DHAB










DHAB


Dhab ialah sejenis haiwan yang diperolehi dari padang pasir pergunungan Sinai, Mesir. Khasiat dhab ada diperkatakan didalam kitab-kitab lama seperti Hayatul Haiwanul Kubra, Ma Jaa Fi Dhobi Anil Arab, Tajul Muluk dan Attibil Nabawi. Dhab Sinai / biawak ini halal dimakan oleh orang Islam, sebagaimana Hadis Nabi : Ibnu Umar r.a meriwayatkan katanya : “Rasulullah SAW ditanya mengenai Dhab, maka baginda bersabda : “Aku tidak memakannya dan aku tidak mengharamkannya. Dalam satu riwayat: “Rasulullah SAW didatangkan dengan Dhab, maka baginda tidak memakannya dan tidak pula mengharamkannya.”
(HR Muslim)

Dhab dihalalkan oleh Rasulullah, sebagaimana dalam hadis Khalid bin al-Walid “Ia masuk bersama Rasulullah ke rumah Maimunah, lalu disajikan daging dhab panggang. Nabi menghulurkan tangannya (untuk mengambilnya). Berkatalah sebahagian wanita (yang ada di dalam rumah), ‘Beritahu Rasulullah apa yang akan dimakannya.’ Mereka lantas berkata, ‘Wahai Rasulullah, itu adalah daging dhab.’ Nabi pun menarik kembali tangannya. Aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, apakah binatang ini haram?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, tetapi binatang ini tidak ada di tanah kaumku sehingga aku merasa jijik padanya’.” Khalid berkata, “Aku pun menjamahnya dan memakannya sementara Rasulullah memerhatikanku.” 
(HR. al-Bukhari dan Muslim et. al.)

Sebagai sejenis biawak / cicak, Dhab Sinai merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur, dan mempunyai kulit yang bersisik tebal diatas badan dan ekornya. Panjang seekor dhab lebih kurang dari 14 inci ke 36 inci atau lebih.

Dhab Sinai merupakan haiwan herbivor (vegetarian) yang hanya memakan tumbuh tumbuhan. Ia banyak menghabiskan masanya didalam lubang yang digalinya untuk menyembunyikan diri atau dicelah-celah batuan yang selamat untuk berlindung dari ancaman haiwan lain dan juga daripada ancaman manusia.

Dhob mampu hidup sehingga 200 tahun. Daya tahan tinggi sehingga satu hari untuk mati selepas disembelih.